Infografik:

Cara-cara persediaan untuk menghadapi kesan El Nino yang mungkin melanda kawasan kita:
Persediaan di Rumah (terutama dengan anak-anak kecil dan orang tua )
- Menyimpan air minum
- Menyediakan beberapa baldi air/bekas jika kes catuan air berlaku di kawasan perumahan anda
- Memikirkan laluan untuk membawa air yang diedarkan ke rumah anda dan lokasi penyimpanannya.
- Sistem takungan air hujan (jika boleh)
- Sediakan perlindung hidung dan mulut (mask)
- Bagi ahli keluarga yang menghadapi masalah pernafasan, dicadangkan untuk menyediakan topeng jenis N95. Walau bagaimanapun, sila belajar bagaimana untuk menggunakan topeng N95 dengan berkesan.
- Makanan segera yang tidak perlu dimasak dengan air atau boleh dimasak dengan ketuhar gelombang (microwave oven)
- Bekas makanan siap pakai yang boleh dibuang
- Lampin untuk kanak-kanak dan orang dewasa (amat berguna dalam keadaan bekalan air yang tidak mencukupi untuk membersihkan tandas)
- Tandas mudah alih ( agak sukar untuk mencari ia di Malaysia)
- Kipas kertas (penggunaan elektrik yang berlebihan dalam cuaca panas mungkin membawa kepada keputusan bekalan elektrik pada waktu puncak )
- Belajar cara pertolongan cemas untuk penyakit yang berkaitan dengan cuaca ekstrem (strok haba, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang )
Persediaan untuk Tempat Kerja/Kemudahan Awam
- Tangki simpanan air
- Memikir tentang pengumpulan air sisa dan penggunaan semula
- Sistem takungan air hujan
- Baldi air/bekas untuk tandas dan pantri
- Topeng muka (mask)
- Topeng muka jenis N95 jika pekerja perlu bekerja di luar untuk tempoh masa yang panjang
- Air minuman
- Belajar cara memberi pertolongan cemas untuk penyakit yang berkaitan dengan cuaca ekstrem (strok haba, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang )
- Sediakan Pelan Kesulitan Air supaya operasi syarikat/kemudahaan awam tidak terjejas (terutama bagi Kemarau Industries Sensitif)
- Menyediakan pelan untuk pekerja bekerja dari rumah jika keadaan darurat diumumkan seperti kejadiaan jerebu yang berbahaya