Latest MetMalaysia Weather Warning on 830pm 3 Dec 2013

KEMASKINI RIBUT PETIR BAGI JOHOR, MELAKA, N.SEMBILAN & SELANGOR 8:30 malam.

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

I) Dikemaskini pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut dan Maran) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

II) Dikeluarkan pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok), Kedah (Daerah Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Daerah Hulu Perak) mulai Rabu, 4 Disember 2013 sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada : 8:30 malam pada 3 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Selangor (Daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan N. Sembilan (Daerah Port Dickson) dijangka berterusan sehingga tengah malam, Selasa 3 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Rembau dan Seremban), Melaka dan Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Source: MetMalaysia