Hantar Message SOS semasa banjir menggunakan Google Map

Dengan keadaan banjir yang semakin teruk di pantai timur baru-baru ini, banyak mangsa banjir terpaksa minta bantuan melalui media sosial dan pelbagai cara-car yang lain.

Banjir Besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Setiap lokasi banjir ditunjuk dengan ikon Merah di dalam Google Map.

Dimaklumkan bahawa sebenarnya Google Map tersedia dengan fungsi untuk menghantar message SOS kepada orang yang berkenalan atau media sosial seperti WhatsApp, WeChat, FB dan sebagainya untuk memintan bantuan. Untuk menggunkan fungsi ini, setiap telefon bimbit perlu access kepada internet melalui WiFi atau Data.

Setiap telefon bimbit sekarang sudah bersedia dengan fungsi GPS yang boleh menentukan lokasi kita dengan tepat. Google Map akan menggunakan matlumat ini bagi membantu kita “Shared Location” supaya sahabat atau rakan kita boleh dapat lokasi kita yang terbaru. Selain itu, informasi yang dikongsi adalah terlindung supaya privacy persendirian kita terjamin.

Semasa “Location Sharing” dalam Google Map, data yang kita kongsi hanyalah terhad kepada Nama, Gambar, Lokasi yang terkini, % battery dll. Pengguna mempunyai kuasa untuk menghadkan jenis informasi yang terpapar kepada orang lain.

Langkah-langkah berikut akan mengajar macam mana kita boleh guna Google Map untuk meminta bantuan dari pihak-pihak tertentu.

Langkah 1: Buka Applikasi Google Map

Langkah 2: Cari “ikon disaster” yang berwarna merah, klik pada ikon tersebut.

Klik pada ikon merah “Eastern Malaysia floods”. Boleh terus tekan butan “Share Location”

Langkah 3: Tekan butan “Share location” dalam pop-up message yang menunjukkan Eastern Malaysia floods

Dalam masa kecermasan, sila pilih “Until you turn this off”, kemudian pilih contact dalam telefon yang anda ingin berkongsi, ataupun dalam media sosial seperti WeChat, WhatsApp, FB dan sebagainya.

Langkah 4: Dalam pop-up message “Share your real time location”. Terdapat dua cara membolehkan pengguna berkongsi lokasi mereka.

  • Cara Pertama “For XX hour”, menghadkan tempoh masa yang tertentu untuk berkongsi
  • Cara Kedua “Until you turn this off”, anda akan terus kongsi lokasi sehingga anda sendiri menghentikan fungsi ini.

Untuk masa kecemasan, kami mensyorkan guna cara yang kedua sehingga bantuan diterima, baru kita menghentikan fungsi kongsi lokasi.

Selepas itu, sila pilih contact yang anda hendak kongsi, atau pun media sosial yang anda ingin kongsi lokasi bagi minta bantuan. Jika dalam kecemasan, kami mensyorkan berkongsi dalam media sosial dimana kebanyakan rakan berkenalan kamu guna, atau hantar message, email, SMS kepada sahabat yang boleh membantu.

Langkah 5: Setelah pilih target untuk dikongsi, satu pop-up “Share with a link?” akan muncul. Sila pilih “Share”. Dengan link yang sama, orang lain juga boleh nampak lokasi anda.

Pilih dan tekan “Share” untuk mengkonsi nama, gambar dan lokasi terkini anda kepada sahabat untuk minta bantuan.

Rakan dan Sahabat anda yang sudah menerima lokasi anda boleh hantar matlumat ini kepada pihak penyelamat atau agensi NGO yang dapat menghulurkan bantuan. Jikalau anda bergerak ke tempat lain setelah menghantar message SOS dari tempat asal, lokasi anda akan dikemaskini oleh Google Map supaya lokasi terbaru anda dapat dikesan.

Lokasi GPS adalah sangat berkesan semasa operasi menyelamat kerana semasa banjir, alamat rumah, nombor rumah, plate jalan dan sebagainya mungkin sudah musnah ataupun tenggelam dalam air. Symbol-symbol, signage, pertunjuk dll. juga susah untuk dikesan atau nampak semasa banjir. Penyelamat perlu meluangkan banyak masa untuk mencari lokasi mangsa, kadang-kala mungkin terlambat atau tidak dapat dicari. Malah fungi SOS message dari Google Map ini menyediakan satu alternatif untuk mangsa banjir.

Langkah 6: Setelah menerima bantuan, tutup fungsi “Location Sharing” dengan klik pada butan “Stop”

Setelah menerima bantuan, klik pada butan “Stop” untuk menghentikan fungsi kongsi lokasi dalam Google Map.

Semoga semua mangsa banjir di Pantai Timur selamat, dan terima kasih kepada semua petugas dan pegawai di agensi penyelamat, kerajaan, NGO dan sebagainya.

You May Have Missed