Gempa Bumi di Sabah 3 Disember 2012
Satu penyataan akhbar telah diumumkan oleh MET tentang satu gempa bumi berlaku di Sabah, Malaysia pada 3 Disember 2012
Kandungan Penyataan adalah seperti berikut:
Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 1.9 pada skala Richter telah berlaku di Keningau, Sabah pada 08:45malam, 03 Disember 2012. Pusat gempa bumi terletak di 5.4° Utara dan 116.4° Timur, 25km Timur Laut dari Keningau,Sabah.
Gegaran dirasai disekitar Keningau, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.
Source: http://www.met.gov.my/images/pdf/gft_pdf/keningau%20bm%208.45.pdf


