Infografik:

Persediaan menghadapi kesan El Nino 2014
Persediaan menghadapi kesan El Nino 2014

 

Cara-cara persediaan untuk menghadapi kesan El Nino yang mungkin melanda kawasan kita:

Persediaan di Rumah (terutama dengan anak-anak kecil dan orang tua )

  • Menyimpan air minum
  • Menyediakan beberapa baldi air/bekas jika kes catuan air berlaku di kawasan perumahan anda
  • Memikirkan laluan untuk membawa air yang diedarkan ke rumah anda dan lokasi penyimpanannya.
  • Sistem takungan air hujan (jika boleh)
  • Sediakan perlindung hidung dan mulut (mask)
  • Bagi ahli keluarga yang menghadapi masalah pernafasan, dicadangkan untuk menyediakan topeng jenis N95. Walau bagaimanapun, sila belajar bagaimana untuk menggunakan topeng N95 dengan berkesan.
  • Makanan segera yang tidak perlu dimasak dengan air atau boleh dimasak dengan ketuhar gelombang (microwave oven)
  • Bekas makanan siap pakai yang boleh dibuang
  • Lampin untuk kanak-kanak dan orang dewasa (amat berguna dalam keadaan bekalan air yang tidak mencukupi untuk membersihkan tandas)
  • Tandas mudah alih ( agak sukar untuk mencari ia di Malaysia)
  • Kipas kertas (penggunaan elektrik yang berlebihan dalam cuaca panas mungkin membawa kepada keputusan bekalan elektrik pada waktu puncak )
  • Belajar cara pertolongan cemas untuk penyakit yang berkaitan dengan cuaca ekstrem  (strok haba, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang )

Persediaan untuk Tempat Kerja/Kemudahan Awam

  • Tangki simpanan air
  • Memikir tentang pengumpulan air sisa dan penggunaan semula
  • Sistem takungan air hujan
  • Baldi air/bekas untuk tandas dan pantri
  • Topeng muka (mask)
  • Topeng muka jenis N95 jika pekerja perlu bekerja di luar untuk tempoh masa yang panjang
  • Air minuman
  • Belajar cara memberi pertolongan cemas untuk penyakit yang berkaitan dengan cuaca ekstrem  (strok haba, penyakit kardiovaskular, dan penyakit buah pinggang )
  • Sediakan Pelan Kesulitan Air supaya operasi syarikat/kemudahaan awam tidak terjejas (terutama bagi Kemarau Industries Sensitif)
  • Menyediakan pelan untuk pekerja bekerja dari rumah jika keadaan darurat diumumkan seperti kejadiaan jerebu yang berbahaya