Bencana Alam di Malaysia

Dalam buku teks sekolah di 80-an, Malaysia dikatakan sebagai satu tempat yang amat bertuah kerana kita tidak mengalami banyak malapetaka seperti negara jiran kita. Kita tiada gempa bumi, tiada Gunung Berapi, dan sebagainya. Bencana alam yang kerap berlaku adalah banjir, dan penduduk di sini memang sudah biasa dengan kejadian banjir semasa musim tengkujuh. Banyak aspek-aspek kehidupan nenek moyang kita telah selaras dengan kejadian banjir yang bermusim, seperti rumah tinggi, makanan simpanan, dan sebagainya. Tetapi, dalam masa yang moden ini, kebanyakan benda dari nenek moyang telah hilang, malahan, perkembangan yang pesat dan kurang perancangan telah mempertingkatkan lagi kerosakan akibat bencana alam. Pada masa sekarang, penduduk di Malaysia lebih prihatin dengan masalah alam sekitar. Dengan kejadian bencana alam dan bencana manusia yang semakin meningkat, rakyat Malaysia perlulah bersedia untuk bencana alam yang mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Antara bencana alam yang mungkin berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Banjir

2. Kebakaran Hutan atau Tanah Gambut

3. Ribut Taufan

4. Gempa Bumi

5. Tsunami

6. Letupan Gunung Berapi

7. Ribut Matahari

 

Berdepan dengan pelbagai bencana alam yang mungkin berlaku. perkara yang paling penting adalah persediaan awal. Bila kita kunjung balik kejadian gempa bumi and tsunami di Jepun pada March 2011. Bencana yang berlaku amatlah mengerungkan, tetapi penduduk di kawasan bencana dapat mengatasinya dengan aman. Sejak awal, Jepun merupakan sebuah negara yang selalu dilanda bencana alam. Sejarah Jepun mempunyai catatan tentang setiap bencana alam dengan teliti. Batu Memorial didirikan di kawasan yang melanda tsunami untuk mengingatkan generasi selepasnya supaya tidak lupa tentang kejadian tsunami yang dahsyat. Batu Memorial diletak di lokasi aras tertinggi kejadian tsunami itu, dan menasihatkan orang ramai supaya jangan membina rumah rendah daripada paras Batu Memorial ini.