Ikan Mati Hanyut Dari Sangkar, Tular Terapung Di Perairan Pulau Pinang

3 June 2020, Department of Fishery

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ikan laut liar yang mati serta terapung di perairan Pulau Pinang pada 26 Mei 2020 lalu, adalah merupakan ikan mati dan telah hanyut dari sangkar sehingga mencemar beberapa kawasan di perairan Pulau Pinang.

Siasatan telah dilakukan pada 29 Mei 2020 oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak selepas mendapat aduan mengenai kejadian kematian ikan secara berperingkat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tg. Piandang.

Menurut FRI, pada awal siasatan telah menemui kehadiran spesies plankton atau dikenali juga sebagai ledakan alga Cochlodinum yang tinggi di perairan tersebut.

Tambahnya, ledakan alga Cochlodinum ini merupakan kejadian yang kerap berlaku di perairan pantai di seluruh dunia pada setiap tahun.

Cochlodinium adalah spesies plankton yang toksik terhadap banyak spesies ikan dan kerang-kerangan, namun ia tidak memberi kesan kepada manusia.

Ikan mati dan terapung tersebut merupakan ikan yang telah busuk dan hanyut dari sangkar disebabkan ledakan algae bloom.

Faktor ini menyebabkan ikan sukar bernafas dan berenang di permukaan, serta menjadi tidak stabil dan seterusnya mati.

Pihak Jabatan turut mendapati ikan mati tersebut adalah spesies ikan merah dan ikan nyok nyok tetapi tiada kes kematian dilaporkan bagi ikan laut liar.

Ikan liar tidak terkesan kerana mereka dapat melarikan diri daripada perairan yang mengalami ledakan plankton ini.

Siasatan ini juga turut melihat statistik hasil tangkapan nelayan yang kekal tinggi dan ikan di laut masih dalam keadaan yang baik serta terkawal.

Jabatan Perikanan Malaysia ingin menasihati kepada semua penternak di kawasan tersebut untuk memindahkan ikan ternakan dari kawasan yang terlibat ke kawasan yang tiada leadakan serta bersedia untuk menuai ikan jika ikan kelihatan tidak normal.

Penternak juga dinasihati tidak membuang bangkai ikan ke laut kerana dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan nutrien serta percambahan plankton tersebut dan seharusnya mengikut SOP pelupusan ikan seperti yang telah ditetapkan.

Susulan dari kes di Perak ini dan kemudiannya naik ke Pulau Pinang, Pihak Jabatan menjangkakan kejadian ini berkemungkinan boleh berlaku sehingga di Perairan Negeri Kedah.

Justerus, penternak di negeri Kedah dinasihati juga untuk berjaga-jaga serta melaporkan kepada Pejabat Perikanan Negeri sekiranya ada perubahan dalam warna air laut serta perubahan/kelakuan tidak normal pada ikan ternakan.

#mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #moa #makanankitamasadepankita #staysafe #fightcovid19 #kitajagakita

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Source: Department of Fishery FB Page

Other HAB cases in 2020:

Sabah Fisheries issues red tide warning, 27 Feb 2020

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/27/sabah-fisheries-issues-red-tide-warning

Sabah Fisheries Dept issues red tide warning to fish farmers off Kota Kinabalu, 26 Feb 2020

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/26/sabah-fisheries-dept-issues-red-tide-warning-to-fish-farmers-off-kota-kinabalu