Maklumat Palsu Tsunami di Kemaman

MetMalaysia telah mengeluarkan amaran tentang Maklumat palsu tsunami akan melanda Kemaman yang disebarkan melalui internet.

Sila jangan menyebarkan lagi maklumat palsu jika anda menerimanya kerana ia akan menjejaskan penduduk-penduduk yang belum atau telah mengalami kejadian banjir di kawasan tersebut.

Semua maklumat yang disebar melalui internet, SMS perlulah disemak dengan MetMalaysia sama ada melalui laman web ataupun Facebook dan Twitter mereka.

http://www.met.gov.my

https://www.facebook.com/malaysiamet

http://twitter.com/malaysianmet