Amaran Hujan Lebat 10:35pm 4 December 2013

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 10:35pm pada 04 Disember 2013

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 10:35 pm pada 4 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Kelantan (Daerah Kuala Krai, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh), dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) dijangka berterusan sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada : 10:35 pm pada 4 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut), Terengganu (Daerah Kuala Terengganu dan Marang), Kedah (Daerah Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Daerah Hulu Perak) dijangka berterusan sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.