Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 02:07pm pada 03 Disember 2013

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 8:58 am pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

 

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada : 8:58 am pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Bera, Jerantut dan Maran), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) dan Johor (Daerah Mersing dan Segamat) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

 

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 02:07 pm pada 3 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Kelantan (Daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dijangka berterusan sehingga awal malam, Selasa 3 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu) dan Kelantan (Daerah Tanah Merah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Source: MetMalaysia