Heavy Rain Warning at the East Coast of Peninsular Malaysia on 27 November 2013

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 08:25pm pada 27 November 2013

SEKSYEN A : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada: 11:56 pagi pada 26 November 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan ( Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah) dan Terengganu ( Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu) mulai Jumaat, 29 November 2013 sehingga Isnin, 2 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

 

SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikemaskini pada: 8:25 malam pada 27 November 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Selangor (Daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat), N. Sembilan (Daerah Jelebu dan Jempol), Johor (Daerah Segamat), Pahang (Daerah Rompin) dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri dan Bintulu (Daerah Bintulu) dijangka berterusan sehingga tengah malam, Rabu 27 November 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Gombak), WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Tampin dan Kuala Pilah), Melaka (Daerah Jasin) dan Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat dan Mersing).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber: MetMalaysia