Jakarta Harus Bertindak Terhadap Syarikat Yang Mengakibatkan Jerebu – PM

The Star, 24 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Putrajaya mahu Jakarta mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyebabkan jerebu, tanpa mengira pemilikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menghantar surat kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggesa kerajaan Indonesia untuk bertindak terhadap pesalah-pesalah.

“Tidak kira sama ada syarikat-syarikat milik Malaysia, Singapura atau Indonesia. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang menyebabkan jerebu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Najib berkata, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia pada Rabu untuk membincangkan mengenai isu jerebu.

Malaysia, katanya, juga akan menawarkan perkhidmatan pesawat pengebom air kepada Indonesia untuk membantu memadamkan kebakaran.

Source