Berita: Mangsa banjir di Pahang kini 1,940 orang

Berita Harian, 25 Dec 2012

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah apabila seramai 1,940 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Jurucakap pusat kawalan operasi bencana, ibu pejabat polis kontinjen (IPK) negeri, berkata sehingga jam 6 petang tadi, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,732 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di sini.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirdiPahangkini1_940orang/Article/