Berita: Hujan diramal tanpa henti minggu ini

Berita Harian, 6 November 2012

Kuala Lumpur: Hujan pada waktu petang hingga malam diramalkan berterusan di negeri Pantai Barat terutama di Perak, Selangor, Melaka dan Johor, sepanjang minggu ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, ia dijangka disertai ribut petir dan angin kencang yang berpotensi menyebabkan banjir kilat.

Paras sungai tahap bahaya

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran juga melaporkan paras beberapa sungai di Selangor termasuk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor sudah melepasi tahap bahaya.

Sungai berkenaan ialah Sungai Langat di Batu 12 (42.21 meter); Sungai Langat di Bukit Changgang (4.41 meter); Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi (9.52 meter) dan Sungai Buloh di Sri Aman (8.52 meter).

Sementara itu, di Johor, Sungai Lenik di Ladang Chaah di daerah Batu Pahat turut mencatat paras bahaya 6.11 meter.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hujandiramaltanpahentimingguini/Article