Berita: Hujan, ribut petir berterusan sehingga November

Hujan, ribut petir berterusan sehingga November

Utusan, 13 Oct 2012

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Fenomena peralihan monsun yang membawa hujan lebat dan ribut petir dijangka berterusan hingga pertengahan bulan depan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, dalam tempoh musim itu, negeri-negeri di pantai barat Semenanjung serta pantai barat Sabah akan mengalami hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.

“Pada musim perantaraan monsun ini, seluruh negara seperti di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan barat Johor dijangka mengalami peningkatan jumlah hujan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, fenomena hujan lebat serta ribut petir lazim berlaku pada lewat petang dan orang ramai dinasihat berhati-hati merancang aktiviti mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121014/dn_08/Hujan-ribut-petir-berterusan-sehingga-November#ixzz29FlcLfsA